The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Selangor MBSJ meraih naib juara dalam Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Wanita 2022

Mar 31, 2022 - FAS

Minggu lalu pasukan futsal wanita Selangor MBSJ berjaya meraih naib juara Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Wanita 2022 selepas menentang Melaka United di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic.

Mengumpul 25 mata hasil daripada lapan kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan. Pasukan futsal wanita Selangor MBSJ telah menjaringkan sebanyak 54 jaringan gol sepanjang musim serta 5 rekod clean sheet dalam sembilan perlawanan.

Pemain negara, Fatin Shahida Azmi telah dinobatkan sebagai terbanyak liga Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Wanita 2022 dengan 17 jaringan gol dalam 10 perlawanan.

Pihak pengurusan mengucapkan tahniah kepada pasukan futsal wanita Selangor MBSJ dengan pencapaian ini. Teruskan mewarnai kancah futsal Malaysia dengan bakat-bakat yang dimiliki.

Demi Kebanggaan.